Sunday, January 1, 2012

rokok terkenal ada lambang Allah



Lambang kalimah Allah pada puntung rokok jenama Luar Negara mengejutkan Junaidi Jusoh, 25, apabila terdapat lambang seperti Kalimah Allah yang dikhuariti disebarkan oleh pihak tertentu. Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/381171_272234526167701_100001434667039_766418_1929937572_n.jpg



Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakitangan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.


Menurut sumber, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai



MANUSIA YANG HINA DISISI ALLAH S.W.T : Mustafa Kemal Atatürk



Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


DOSA Mustafa Kemal Atatürk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN Mustafa Kemal Atatürk YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
 


Nota kaki : aku rasa aku pernah dengar cerita  ni . Tak silap aku cikgu aku sendiri cerita , seram kut . ambil ikhtiar untuk pedoman hidup .




Mykad Baru Mula Dikeluarkan JPN Mulai 3 Januari







PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor.




PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

 Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

 Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

“Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA






Cool : Sambutan Tahun Baru 2012 Di Sydney Yang Mengujakan

Australia menjadi negara pertama di dunia yang memasuki tahun baru 2012. Sambutan tahun baru 2012 yang gilang gemilang telah diadakan di Sydney dengan tema 'Time to Dream'. Mari saksikan gambar bunga api yang awesome sekitar sambutan tersebut.












Cool : Pemandangan 'Blue Hour' Di Seluruh Dunia Yang Menarik

'Blue Hour' merupakan waktu di mana langit kelihatan berwarna biru hampir keseluruhannya. Gambar-gambar ini dirakam beberapa minit sebelum matahari terbenam dan sejurus selepas matahari terbit.




















Gadis Selamat Selepas Dilanggar Lori Di China

Seorang gadis yang menaiki basikal elektrik dirakam oleh CCTV dilanggar oleh sebuah lori yang besar dengan kuatnya. Kejadian ini berlaku di Changsu City, China. Gadis tersebut disahkan masih pelajar sekolah telah dilanggar lari oleh sebuah lori treler yang melanggar lampu isyarat merah. Namun ajaib sekali, gadis itu terselamat dari insiden tersebut.












Perkahwinan Sejenis

Assalamulaikum Kepada pembaca apecite dot com hari ni dah masuk tahun baru 2012.Hari ni saye nk berkongsi gambar orang berkahwin satu spesies iaitu gay marriage and lesbian marriage mungkin kiamat semakin hampir tapi x boleh nk elak semua ketentuan ilahi ok tanpa panjang lebar saye tulis mari saksikan..





















Bodoh : Penjenayah Remaja Paling Bodoh Di Amerika !



Hanya selepas sejam merompak sebuah kedai di Pittsburgh, tiga penjenayah remaja yang berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun ini telah berjaya ditangkap pihak polis akibat daripada kebodohan melampau mereka sendiri. Mereka bertiga telah memuat naik gambar bersama $8,000 tunai serta barangan yang dicuri ke internet dan berjaya dikesan pihak berkuasa. Bodoh kelubi betul lah budak-budak ni. Nak jadi perompak sangat tapi benak..










Kenapa Portugis Takut Nak Serang Kedah?





Tahukah anda kenapa Wizurai Portugis, Alfonso de Alburque tidak jadi menawan Kedah? Berikut rakaman perbualan antara Alfonso dengan dua orang perisiknya yang tak pernah tercatat dalam mana - mana buku sejarah.









Perisik 1 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai lima orang pahlawan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita dah kehilangan hampir 5000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah tuan. Batalkan hasrat itu tuan!

Alfonso : Kenapa? Kenapa takut nak serang Kedah? 



Perisik 2 : Tuan! Hasil risikan kami, kami dapati banyak sangat Hang di Kedah. Lebih lima 

orang. 


Alfonso : Cuba kamu sebut nama-nama mereka? Entah-entah aku kenal! 



Perisik 2 : Baik tuan....antara nama-nama yang sempat hamba catat....Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Habaq, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Bila Nak Mai, Hang Nak Pi Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang, Kepala Hotak Hang dan macam - macam lagi Hang tu ada kat sana... 



Mendengar hasil risikan Perisik 1 dan Perisik 2, Alfonso pun tak jadi nak serang Kedah. Nama Hang yang disebutkan itu aneh-aneh belaka! (Jangan marah ya orang Kedah! :D) 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...