Wednesday, January 2, 2013

COOL - CR&S DUU : MOTOSIKAL GABUNGAN DUA BENUA DARI MILAN (12 GAMBAR)

CR&S bukanlah jenama motosikal yang sering kita dengari. Kami yakin motosikal ini sendiri tidak terjual di Malaysia tetapi apa yang pasti pengeluar motor custom made dari Milan Itali ini menghasikan motosikal yang kelihatan lain dari yang lain. Mereka menghasilkan CR&S DUU, sebuah motosikal berenjin V-Twin 1916 CC dari Amerika dan mengahwinkannya dengan rolling casis ala Eropah dari Itali. Hasilnya sebuah motosikal yang berkuasa tinggi ala Harley tetapi mempunyai kemampuan membelok seperti sebuah Ducati. Dua versi Duu dishasillkan iaitu Deperlu untuk seorang peenungang dan Conlatusa untuk dua orang penunggang. Enjin yang digunakan menghasilkan torque sebanyak 148 NM dan mampu memecut sehingga 125 batu sejam. Bagaimana? Adakah gabungan teknologi dua benua ini mengujakan anda? Kami di Blogserius merasakan motor ini nampak ganas nak mampos! Harga sebuah CR&S Duu bergantung kepada jumlah kustomasi yang anda mahukan dan bermula dari USD 27 000 (RM 82 000) .








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...