Tuesday, February 12, 2013

Ustaz Kazim Difitnah Upahan Free Mansion?

Sebelum ini pelbagai tomahan dan dugaan kepada Ustaz Kazim Elias, dahulunya mereka marahkan UKE kerana berkempen demi abangnya, lepas itu beliau disantau oleh anak muridnya (siapa mengikuti ceramahnya pasti sedia maklum) kini ada yang menuduhnya akan berpolitik bersama UMNO [sini] yang terbaru ini beliau di fitnah diupah oleh 'free mansion' untuk menolak PAS?


Siapa yang tak kenal dengan AF Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, seorang pendakwah bebas yang begitu disegani seluruh rakyat Malaysia. Seorang pendakwah yang tidak pernah mencaci orang, maki hamun orang, kutuk orang, menggelar orang dengan gelaran yang bukan-bukan dan sebagainya dalam ceramah beliau seperti sesetengah pendakwah lain.





Tetapi aku agak terkejut bila terbaca status Ustaz Kazim Elias kat facebook dimana ada orang yang menghina dan mengutuk beliau dengan panggilan "ANJING". Aku tidak tahu siapa tapi aku yakin manusia yang menghina dan mengutuk beliau dengan panggilan anjing ni tak lain tak bukan puak parti pembangkang. Aku bukan nak tuduh sebarangan tetapi aku yakin aku dipihak yang benar kerana memang selama ni puak pembangkang cukup anti dengan beliau.




Cuma yang membuatkan aku sedih yang teramat sangat dimana dalam status facebook beliau yang sama beliau mengatakan mata beliau semakin kabur. Aku mohon kepada semua pembaca blog aku marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar Allah panjangkan umur AF Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan berikan beliau kesihatan yang baik agar beliau dapat teruskan perjuangan berdakwah kerana aku percaya dan aku yakin kita semua dahagakan ilmu yang beliau sampaikan. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...