Thursday, April 18, 2013

Justin Bieber Kena Halau Dari Hotel Mewah Di Paris

justin bieber


Macam tidak percaya saja bila mendengar laporan berita ini. Tapi, itulah hakikatnya. Pop Idol yang menjadi kegilaan ramai remaja wanita di seluruh dunia iaitu Justin Bieber telah dihalau keluar dari sebuah hotel mewah di Paris.

Hotel yang bernama Hotel Le Meurice itu memang sentiasa menjadi pilihan kerabat di raja serta aktor terkemuka dunia seandainya mereka berada di kota yang dianggap romantis itu.


Termasuklah Justin Bieber sewaktu mengadakan konsert jelajahnya di sana dan dia dikatakan telah menempah 7 suite yang terletak di tingkat satu dan tingkat dua dan harganya pula mencecah sehingga 6 angka.

Tapi, selepas beberapa jam Justin Bieber Check-in di hotel tersebut, ratusan peminat mula mengerumini perkarangan luar hotel itu dan sebahagian pula membanjiri di kawasan lobi.

Disebabkan itu, suasana di hotel itu menjadi ribut dan bising dan ianya tidak begitu disenangi oleh tetamu-tetamu lain yang turut menginap di hotel itu. Lebih teruk lagi bila ada di antara peminat yang tidak dapat mengawal perasaan apabila menjerit-jerit dan berteriak nama penyanyi kesayangan mereka itu.

Justin Bieber pula khabarnya menggalakkan peminatnya berbuat demikian. Dan, akhirnya, pihak pengurusan hotel terbabit menghalau Justin Bieber keluar demi menjaga reputasi hotel tersebut.

Selepas dihalau keluar , Justin Bieber berserta dengan entouragenya dikatakan telah berpindah di Hotel Manadrin Oriental, Paris.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...