Thursday, January 26, 2012

4 Sebab Gula-gula Getah Baik Untuk Pelajar




So, rasanya mesti korang dah tahu apa itu gula-gula getah dan tak perlulah admin nak tolong terangkan tapi admin ada terbaca satu artikel yang mengatakan mengunyah gula-gula getah ni sebenarnya meningkatkan kepintaran. Kalau di baca teliti pada kajian-kajian tersebut, ternyata hasil kajian mereka mungkin ada betulnya. Menurut sumber, dengan mengunyah gula-gula getah :

Meningkatkan prestasi mental 
Dilaporkan pelajar yang mengunyah gula-gula getah 5 minit sebelum diuji mampu mengatasi pelajar yang tidak mengunyah gula-gula getah. Kajian ini telah dijalankan dan dilaporkan di dalam jurnal Appetite.

Matematik dan gula getah tak patut dipisah 
Pengkaji melaporkan markah matematik meningkat sebanyak 3% bagi mereka yang mengunyah gula getah semasa mengambil ujian matematik atau semasa melakukan kerja rumah matematik.

Menyegarkan memori 
Menurut satu review dari British, pergerakan mengunyah gula getah meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otak. Logiknya di sini, salah satu fungsi darah adalah sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh badan dan ada fakta mengatakan, otak akan mengalami kerosakan teruk jika tidak dapat bekalan oksigen selama 5-10 minit.

Kurang tekanan untuk hidup ceria 
Menurut sumber, terdapat sejenis hormon tekanan (cortisol) yang menjadi kayu ukur aras kepekaan manusia. Dalam kajian, mereka mengkaji berdasarkan mood sukarelawan sebelum dan selepas ujikaji.

admin harap info ini sedikit sebanyak membantu proses pembelajaran korang. :)


Nota kaki : admin kongsi ni pun ada sebab juga . kalau dekat sekolah admin pula pelajar tidak di benarkan mengunyah gula-gula getah ketika waktu pembelajaran . so , bagi mengelakkan di tegur berulang kali oleh guru sebaik-baiknya korang kunyah time prep je lah . hehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...