Tuesday, January 24, 2012

Gempak : Kayu Sugi Dikomersialkan

Miswak yakni ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan mencuci gigi telah digunakan lama sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Akar kayu sugi yang digunakan untuk membersihkan gigi dan mulut bukan sahaja mengandungi zat anti-microbe (anti kuman), malah dapat menentang penyakit anaemia. Selain daripada memberikan kesihatan kepada mulut, ia turut mendatangkan kesukaan kepada Yang Maha Pencipta. Allah SWT telah menjanjikan balasan berganda bagi sesiapa yang bermiswak dalam beribadah. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengabaikan penggunaan miswak.

Dalam hadis-hadis yang diriwayatkan menunjukkan bahawa miswak adalah sunnah atau amalan semua nabi-nabi Allah ‘Alaihissalam.

Abu Ayub R.Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda ” Empat perkara di antara sunnah-sunnah Para Ambia’ adalah berkhitan,memakai ‘athar(wangi-wangian),miswak dan bernikah.”






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...