Monday, January 23, 2012

SEJADAH CAHAYA LAMBANG TEKNOLOGI ISLAM



Sejadah yang boleh menyala ini adalah salah satu contoh teknologi yang dikembangkan untuk membantu kita dalam menjalankan ibadah dengan baik. Mungkin diantara kita pernah mengalami ketika berpindah ke rumah baru, menginap di hotel atau bermusafir namun keliru dalam menentukan kiblat ketika ingin sembahyang. Syarikat yang diberi nama ‘Soner Ozenc’, yang terletak di Turki telah mencipta sejadah canggih ini.



Apa keistimewaan sejadah tersebut? Sejadah tersebut mampu mengeluarkan cahaya dan akan semakin terang apabila arah sejadah tersebut menghadap ke kiblat (Mekah). Semakin terang arah kiblat, maka semakin teranglah sejadah tersebut. Sejadah ini sangat istimewa kerana sangat membantu kita yang keliru dalam menentukan arah kiblat ketika saat beribadah.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...