Wednesday, January 25, 2012

Bugatti Veyron Sultan Johor

bugatti veyron sultan johor



Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru-baru ini. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Sesuai dengan hobi Baginda yang gemar mengumpulkan kenderaan yang bertaraf ‘Super Car’ ini dan jarang dilihat di Malaysia. Jika diperhatikan pada gambar dibawah, terdapat sebuah motosikal Honda C70 (anak panah) dan semestinya lokasi ini ialah di Malaysia iaitu Johor Bharu. Menggunakan hiasan dalaman yang berwarna biru gelap dan putih melambangkan warna bagi negeri Johor. Begitulah sedikit sebanyak fakta yang mengatakan Bugatti Veyron berwarna biru muda dan putih ini milik Sultan Johor.


bugatti veyron sultan johor

bugatti veyron sultan johor

bugatti veyron sultan johor

bugatti veyron sultan johor

FORD F650 milik sultan johor

Ini adalah sebuah lagi kenderaan Super milik Sultan Johor iaitu FORD F650. Semua koleksi kenderaan mewah milik Baginda Sultan dibeli menggunakan duit Baginda sendiri iaitu hasil dari pelbagai perniagaan. Difahamkan Baginda juga membeli kereta mewah BMW untuk digunakan pihak polis yang mengiringi Baginda. Hebat bukan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...