Saturday, December 31, 2011

Gempar! Misteri Bangkai Raksasa Terdampar Di Pantai (5 Foto)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Satu bangkai raksasa seperti gajah purbakala telah dijumpai terdampar di sebuah pantai. Nampak macam buaya gergasi pun ada juga. Mungkin juga bangkai ikan paus. Tapi korang boleh menilainya sendiri. Korang boleh tengok gambar bangkai raksasa ni di bawah. Kalau sesiapa yang tahu lokasi di mana bangkai dijumpai, sila bagitau. Terima kasih. P/S: Semua manusia sepanjang zaman yang jasadnya telah hancur musnah akan dibangkitkan kembali ketika tiupan sangkakala kedua dan semua akan dihimpunkan di Padang Masyar. Maka, mahkamah akhirat pun bermula. Apakah nasib kita? Apa yang telah kita bawa? Renung-renungkan











Mabuk, makan mercun





Seorang pemuda yang dah terlampau mabuk akibat minum arak berlebihan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya. Lepas tu mercun berkuasa kuda tu meletup dalam mulut dia, sampai jadi camni. Moralnya, jangan minum arak berlebihan sampai hilang akal.


 *sebab tu Islam haramkan arak...


Nota kaki : serius ngeri , 





Kapal Firaun berusia 4500 tahun ditemui di Mesir



Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.

Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.

Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.

Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.

Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.



Kek Pengantin Berusia 113 Tahun

Kita sekarang sedang bercerita tentang kek pengantin..Bukan pengantin tua..Tetapi, kek pengantin..Harap maklum..Kek ini telah dihasilkan semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria pada tahun 1898 oleh sebuah kedai kek yang tidak diketahui namanya





Walaupun kek ini sudah lanjut usianya namun, ternyata ia masih sebuah kek yang masih lembap dan kukuh..Tetapi disebabkan suhu yang berubah-ubah, menyebabkan kek yang asalnya bewarna putih ini berubah ke warna cokelat.





Sebuah kedai kek di Basingtoke, Hampshire telah menyimpan kek ini sehingga kedai tersebut ditutup pada 1964.Lantas kek ini diserahkan kepada muzium Willis di Basingstoke.Lalu kek ini diawet dan mendapat penjagaan rapi daripada pihak muzium.

 Kenapa kek ini tidak dimakan??Persoalan itu masih menjadi misteri sehingga kini.



Gambar Pembinaan Kapal Tetanic Pada Tahun 1909


gambar kapal titanic



White Star Line adalah syarikat yang membina kapal Titanic, dan dimiliki oleh J.P Morgan, seorang hartawan Amerika. Kos untuk membina RMS Titanic adalah $ 7.5 juta .RMS bermaksud Royal Mail Steamer. Ia mengambil masa dua tahun untuk membina kapal Titanic oleh 3000 orang pekerja lelaki. Tiga juta rivet telah digunakan untuk membina kapal tersebut. Berikut merupakan gambar sekitar pembinaan kapal Titanic pada tahun 1909.





















Gambar Mikroskopik Mata Manusia Yang Gila Awesome

Suren Manvelyan, seorang guru dari Armenia telah mengambil foto-foto berikut yang memberikan perspektif yang berbeza tentang mata manusia dan juga struktur kompleksnya. Manvelyan mengambil gambar mikroskop mata ini daripada rakan-rakan dan pelajarnya. Dia mengatakan kepada Daily Mail:

 "Adalah sesuatu yang biasa apabila anda mengambil gambar makro serangga dan tanaman, tapi cuba untuk mengambil gambar mata? Saya tidak mengharapkan hasil ini. Saya tidak sedar bahawa ia adalah rumit. Setiap hari kita melihat ratusan biji mata tetapi tidak menduga ia mempunyai struktur yang begitu indah, seperti permukaan planet yang tidak diketahui. "



































Gambar India 100 tahun yang lalu

India adalah salah satu negara yang paling indah di dunia. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh orang Inggeris sekitar 100 tahun yang lalu sebagai bukti bahawa negara ini benar-benar mengagumkan suatu ketika dahulu



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...