Smart smart smart, memang super duper extra vaganza smart Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait ini.
Direka dan di bina oleh kontraktor binaan terkenal, Foster and Partners yang bertapak di UK. Ini adalah syarikat yang sama yang membina Lapangan Angkasa untuk Syarikat Virgin Galactic. Rekaan Foster kebanyakannya menitik beratkan alam sekitar dengan membina syiling yang tinggi dan pencahayaan yang baik justeru menjimatkan tenaga.Dan Kuwait international Airport juga tidak terlepas dari konsep hijaunya di mana, bahagian bumbung bangunan di biarkan berlubang cermin untuk memberikan pencahayaan semulajadi justeru menjimatkan kos.
Apapun, aku sangat teruja dengan konsep rekaan yang mesih menitik beratkan ciri ciri tradisi Kuwait. Sila tengok, bumbung dan tiang bangunan serta keseluruhan binaan. Seperti berada dalam istana lama di arab tapi dengan kemodenan yang melampau.
No comments:
Post a Comment