Sunday, December 25, 2011

Gambar – Nasi Beriani Daging Biawak Pasir atau Dhab


Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir. Nama Inggerisnya Spiny-tailed lizards manakala nama saintifiknya pula: Uromastyx aegyptius microlepis. Biawak pasir ini dikatakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional, walau bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.


Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.


Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam berdasarkan hadith di bawah.و حدثني ‏ ‏أبو الطاهر ‏ ‏وحرملة ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏قال ‏ ‏حرملة ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏أخبرني ‏ ‏يونس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أمامة بن سهل بن حنيف الأنصاري ‏ ‏أن ‏ ‏عبد الله بن عباس ‏ ‏أخبره أن ‏ ‏خالد بن الوليد ‏ ‏الذي يقال له سيف الله ‏ ‏أخبره ‏‏أنه دخل مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏على ‏ ‏ميمونة زوج النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وهي خالته وخالة ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏فوجد عندها ضبا ‏ ‏محنوذا ‏ ‏قدمت به أختها ‏ ‏حفيدة بنت الحارث ‏ ‏من ‏ ‏نجد ‏ ‏فقدمت الضب لرسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وكان قلما يقدم إليه طعام حتى يحدث به ويسمى له ‏ ‏فأهوى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يده إلى الضب فقالت ‏ ‏امرأة ‏ ‏من النسوة الحضور أخبرن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بما قدمتن له قلن هو الضب يا رسول الله فرفع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يده فقال ‏ ‏خالد بن الوليد ‏ ‏أحرام الضب يا رسول الله قال ‏ ‏لا ولكنه لم يكن بأرض قومي فأجدني أعافه قال ‏ ‏خالد ‏ ‏فاجتررته فأكلته ورسول الله ينظر فلم ينهني


Hadis Khalid bin Al-Walid r.a:Sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (Khalid) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti Al-Harith dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin Al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami.


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3603


Berikut adalah gambar dimana masyarakat Arab menangkap Dhab @ biawak pasir untuk dijadikan lauk bagi nasi beriani. Nampak sedap tapi sanggup ke anda maka

































Nota kaki : aku rasa loya ja . tapi serius boleh tapi ergh !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...