Wednesday, December 28, 2011

Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung


Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang burung tersebut.



Gambar 1 - Burung betina ini mengalami kecederaan yang boleh mengakibatkan maut selepas ia dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah.




Gambar 2 - Burung jantan cuba membantu dan membawa makanan kepada burung betina dengan penuh kasih sayang diantara haiwan tersebut.



Gambar 3 - Burung jantan membawa makanan sekali lagi dan terkejut apabila mendapati burung betina sudah tidak lagi bergerak, biarpun dia telah cuba menggerakkannya beberapa kali.


Gambar 4 - Burung jantan telah memahami bahawa pasangannya itu telahpun mati, namun dia masih cuba untuk menggerakkannya.



Gambar 5 - Burung jantan kemudiannya berdiri dan bersiul tanda ia dalam kesedihan.



Gambar 6 - Akhirnya burung jantan ni mengalah dan meratapi kematian pasangannya dengan penuh kesedihan bahawa burung betina tidak akan kembali padanya lagi. 



 Moral : walaupun haiwan tidak mempunyai akal, tapi mereka tetap mempunyai hati dan perasaan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...