Monday, December 26, 2011

Gadis 'Maut' Ketika Tsunami Di Aceh Pulang Ke Rumah

Mengejutkan! Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Sumatra yang kehilangan anak gadis mereka, Wati, yang disangka maut selepas ombak tsunami melanda Indonesia pada tahun 2004, telah kembali semula ke pangkuan keluarga.

Pada masa kejadian, ibunya telah cuba menyelamatkan nyawa Wati yang ketika itu berusia 7 tahun dan adiknya dengan memegang erat tangan mereka namun dia terlepas tangan Wati dan Wati hilang dihanyut ombak Tsunami.

Namun siapa sangka selepas 7 tahun, Wati yang kini sudah berusia 15 tahun telah dijumpai oleh rakan datuknya sendiri sedang merayau-rayau dan tidak ingat langsung siapakah keluarganya. Akhirnya mereka bersatu kembali. Sadis sungguh...











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...