Gila cool. Ini ialah gambar lapangan terbang angkasa (Spaceport) yang di bina di Selatan New Mexico pada keluasan 10,000 kaki persegi dengan panjang landasan sejauh 3 km. Idea pembinaan lapangan terbang angkasa ini telah diilhamkan sejak tahun 1990 an dan pada tahun 2005, idea ini telah menjadi kenyataan setelah Virgin Galactic (Syarikat sama Virgin Airlines) dan The State of New Mexico memetrai satu perjanjian usahama pembinaan spaceport bernilai USD200 juta.
Lapangan ini telah direka dan dibina oleh kontraktor terkenal dari UK, Foster and Partners. Rekaannya adalah berasaskan kepada fantasi angkasa yang kita tonton di TV demi untuk merealisasikan impian mereka yang ingin ke angkasa. Spaceport ini bakal menjadi tarikan utama pelancong yang seumpanya.
Kalau ada spaceport, tapi tak ada spaceship, macam mana nak travel ker angkasa, yer dak? ahakz, kapal angkasa komersial yang dibangunkan syarikat virgin galactic ini sangat unik. Tidak seperti kapal angkasa milik NASA yang dilancarkan menggunakan roket di tapak pelancaran, virgin spaceship di bina untuk membawa penumpang dan mereka yang baru dalam dunia angkasa.
maklumat lanjut :
virgingalactic
No comments:
Post a Comment