Thursday, March 15, 2012

Betul Betul Genius - Menara Air Himalaya: Simpanan Air Untuk Masa Depan

Menara Air Himalaya atau Himalaya Water Tower telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama 2012 Skyscraper Competition oleh majalah eVolo. Rekaan ini adalah gabungan idea daripada Zhi Zheng, Hongchuan Zhao dan Dongbai Song dari China. 


 

 

 


Menara ini berada tinggi di atas Pergunungan Himalaya dan berfungsi sebagai tempat menyimpan air serta membantu mengawal penggunaannya bagi menghadapi bencana akibat perubahan iklim yang mendadak. Air akan dikumpul ketika musim hujan, seterusnya ditapis, dibekukan menjadi ais dan disimpan untuk kegunaan masa depan. Jadual pengagihan air akan berubah mengikut kesesuaian penggunaan penduduk dan ia juga dapat membantu ketika musim kemarau.


 

 






Betul Betul Genius - Kereta Guna iPhone Sebagai Kunci

Kereta yang diberi nama iChange ini pastinya menjadi impian bagi setiap peminat gajet. Kereta konsep yang direka oleh syarikat pereka kereta dari Switzerland, Rinspeed ini sesuai untuk individu yang sering terlupa membawa kunci kereta, tetapi sentiasa membawa iPhone bersamanya. 

 

 Ciri paling istimewa yang terdapat pada kereta ini ialah ia tidak memerlukan kunci untuk menghidupkan enjin tetapi menggunakan iPhone! Sebaik sahaja smart phone tersebut disambungkan pada dashboard, butang “start” berwarna hijau akan kelihatan pada skrin iPhone. Apabila butang tersebut ditekan, enjin akan dihidupkan secara automatik. Pemandu turut boleh mengawal beberapa fungsi pada kereta tersebut seperti membuka atau menutup lampu depan.



 

 

 

 

 

 

 

 




















Betul Betul Cool - Stadium Menakjubkan Shenzhen Universiade Sports Center (Gambar)

Shenzhen Universiade Sports Center adalah antara 13 venue yang dibina sempena menghadapi Sukan Universiti Dunia (Universiade) di China pada 12 hingga 24 Ogos tahun lepas. Ia terdiri daripada 3 bangunan iaitu stadium, kompleks sukan tertutup dan kompleks kolam renang. 


 

 


 Direka oleh syarikat Jerman, GMP Architekten, bangunan ini bercirikan taman tradisional masyarakat China dan dikelilingi oleh tasik buatan.

 


 

Stadium utama mampu memuatkan 60,000 penyokong dengan 3 tingkat tempat duduk. Ia digunakan untuk acara bola sepak dan olahraga. 

 

 Kompleks sukan tertutup yang berbentuk bulatan dengan kapasiti 18,000 penonton ini berfungsi sebagai arena luncur ais dan sukan indoor yang lain. 

 
 Kompleks kolam renang pula mempunyai 2 bahagian tempat duduk dan boleh memuatkan 3,000 penonton.

 

 

 

 










Betul Betul Cool - Rumah Belon Dalam Filem 'Up' Versi Real (4 Gambar)

Kalau anda pernah menonton filem animasi bertajuk 'Up', soalan ini mungkin muncul dalam fikiran anda... Mungkinkah rumah boleh diterbangkan hanya dengan menggunakan belon? Bagi merungkai persoalan tadi, National Geographic Channel telah menghasilkan versi sebenar rumah tersebut dan membuktikan perkara itu tidaklah mustahil. 

 

 Kumpulan yang dianggotai oleh saintis, jurutera, dan 2 orang pakar juruterbang belon udara panas telah berjaya melancarkan rumah berkeluasan 16' X 16' dan berketinggian 18' itu di Los Angeles. Sekaligus ia mencatat rekod dunia sebagai penerbangan kelompok belon terbesar yang pernah dilakukan.


 



Dengan menggunakan 300 belon berisi gas helium, rumah itu mencapai altitud melebihi 3000m dan kekal di udara selama 1 jam! Rakaman peristiwa bersejarah tersebut dimasukkan dalam rancangan bersiri National Geographic Channel, bertajuk How Hard Can it Be?

 

 









Betul Betul Genius - Solar Forest: Stesen Cas Bagi Kereta Elektrik (4 Gambar + 1 Video)

Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, Neville Mars telah memperkenalkan konsep rekaannya yang dinamakan Solar Forest. Ia adalah gabungan beberapa unit E_TREE yang berbentuk seperti pokok dan mempunyai panel heliostatic photovoltaic di atasnya.


 



Panel ini akan bergerak mengikut arah pancaran cahaya matahari bagi mengumpul tenaga solar. Bukan sahaja berfungsi sebagai bumbung di tempat parking, malah kereta berkuasa elektrik boleh mengecas terus dari pokok solar tersebut! Saksikan bagaimana konsep ini berfungsi dalam video di bawah:



Pendek kata Solar Forest beroperasi seakan stesen cas bagi kereta elektrik, sama seperti stesen minyak bagi kereta yang menggunakan petrol.


 

 






Betul Betul Cool - Kereta Polis Paling Selamat

Beberapa tahun lepas, Carbon Motors Corporation telah menghasilkan sebuah kereta konsep untuk digunakan oleh polis peronda. Yang menariknya ia dijadualkan akan dikeluarkan mulai tahun ini.


 

 


Salah seorang pengasas kereta ini merupakan seorang bekas pegawai polis dari Texas, jadi beliau cukup masak dengan kelemahan yang terdapat pada kereta peronda sedia ada dan berusaha mengatasinya dengan terhasilnya kereta konsep tersebut. Kereta ini direka khas untuk prestasi yang lebih hebat dan menepati ciri-ciri keselamatan yang lengkap.


 

 

 

 

 

 

 
















Tuesday, March 13, 2012

Traffic Bb naik mendadak , nak tahu rahsia ?


Rasa beruntung ,bertuah , dan apa lagi ? okay dah . sejak admin daftar Guablog dan Ohbelog ni traffic blog admin ni boleh di katakan meningkat . meningkat ni bukan 2 ke 3 je tapi beratus-ratus ,admin rasa agak bertuah lah .belog admin baru berusia 3 bulan pageview dah mencecah 18K . 

Kadang-kadang admin tak update blog ni sebab terlalu busy . bila admin check balik alhamdulillah masih ramai yang datang , sehari dalam 500 ke 600 pageview .


Ni semua kesan admin berdaftar dengan Guablog dan Ohbelog . kebanyakkannya traffic datang dari situ , Guablog saja dah 2K dan dari ohbelog dah 1K . serius sangat-sangat menakjubkan .


tunggu apa lagi ? jom cuba 














Monday, March 12, 2012

COOL BUSUK : Stadium Pertama Di Dunia Menggunakan Sistem Solar Sepenuhnya

Taiwan telah membina sebuah stadium yang menggunakan sistem solar sepenuhnya. Ianya dibina oleh Toyo Ito, dan stadium ini boleh memuatkan 50,000 orang penonton.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...