Mempunyai zuriat memang diidamkan bagi setiap pasangan rumahtangga namun bagi merelisasikan impian,kaum bapa terpaksalah berkorban kerana terpaksa menggigit jari bukan sahaja selepas 40 hari selepas isterinya bersalin namun mungkin berlanjutan sehingga 3 tahun.Ini berdasarkan satu kajian oleh pakar kanak-kanak mendapati bayi yang tidak tidur bersama ibu mereka akan mengalami kurang tidur dan mengalami tekanan perasaan jika tidak tidur didalam dakapan ibunya.
Para pengkaji merasa takut akan berlaku beberapa gejala tidak baik jika bayi tidur berseorangan, merosakkan pembangunan otak dan memili perangai buruk semasa proses pembesaran mereka.Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu merekauntuk beberapa minggu pertama dan selepas itu mereka harus tinggal dikatil ibu sehingga mereka berumur tiga atau empat tahun.Kajian juga mendapati bayi yang jantung bayi yang tidur berseorangan mengalami 3 kali tekanan berbanding dalam dakapan ibu.
Namun begitu berkongsi katil juga menimbulkan risiko kematian bayi akibat lemas tertindih oleh ibunya,namun perkara ini selalu mendapat perhatian si ibu.Dalam satu kajian di Britain mendapati,2/3 dari kematian mengejut adalah akibat perkongsian katil.tetapi Dr.Bergman menjelaskan"kematian mengejut akibat perkongsian katil sebenarnya adalah disebabkan oleh asap toksik,alkohol,bantal besar dan mainan yang merbahaya.
No comments:
Post a Comment