Masjid Besar Djenne yang dibina pada tahun 1907 ini merupakan bangunan terbesar di dunia yang dibina daripada lumpur. Terletak di tengah² bandar Djenne di Mali, ia juga disifatkan sebagai pencapaian terhebat bagi gaya seni bina Sahel (Sudan) dengan dipengaruhi ciri seni bina Islam.
Dibina dengan menggunakan lumpur yang dijemur, dinding masjid ini mempunyai ketebalan 16-24 inci bergantung kepada ketinggian struktur tersebut.
Setiap tahun, selepas musim hujan berakhir, kesemua rumah termasuk Masjid Besar Djenne mesti dibaiki. Paling mengagumkan, lebih 4000 orang akan datang secara sukarela untuk membantu membaiki masjid tersebut.
Masjid ini sememangnya menjadi mercu tanda terkenal di Afrika. Pada tahun 1988, UNESCO telah mengiktiraf Masjid Besar Djenne dan seluruh bandar Djenne sebagai Tapak Warisan Dunia.
No comments:
Post a Comment