Sunday, March 11, 2012

Sedihnya, Solat Berjemaah di atas Bekas Runtuhan Masjid




ARRAYAH.INFO, India, 7 November 2011 - Masjid Babri atau Masjid Babur ialah sebuah masjid bersejarah yang terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16.

 Pada 6 Disember 1992, 19 tahun dahulu, lebih 150,000 penganut Hindu yang nasionalis telah merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Mereka dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India.

 Umat Islam terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan dan telah menyebabkan sebanyak 2000 penganut Hindu dan Islam telah terkorban .


Sistem Demokrasi yang Menipu

India adalah terkenal sebagai sebuah negara warisan penjajah British di mana sistem demokrasi telah berkembang amat pesat.

Namun begitu, pada 6 Disember 1992, sejarah India akan diingati selama-lamanya kerana pada tarikh itu pada tahun 1992 demokrasi akhirnya dihina di India dengan keruntuhan dan pemusnahan Masjid Babri dan susulan penyeksaan terhadap umat Islam di seluruh India.

Apabila keruntuhan dan pemusnahan Masjid Babri, kerajaan Kongres iaitu pemerintah telah berjanji untuk membina semula masjid di tapak di mana ia wujud, tetapi sehingga kini tarikh pembinaan belum bermula.

Dalam usaha untuk menindas umat Islam yang menuntut pembinaan semula Masjid, ada pihak yang melakukan pelbagai tindakan jahat yang merosakkan dan melemahkan umat Islam.

Rekod hak asasi manusia India dikenali sebagai sangat rendah dan media cekap menyembunyikan fakta penyeksaan jika mangsa-mangsa adalah orang Islam.


Masjid Berjaya Diruntuhkan Tapi Akidah Umat akan Terus Dipertahankan

Begitulah yang berlaku di India yang diperintah menggunakan Sistem Demokrasi yang menipu. Kepimpinan yang rosak dan rasuah adalah punca yang telah menganiaya umat Islam dengan cara yang keji. 

Juga, kepimpinan Islam dikawal oleh parti pemerintah di kedua-dua bahagian iaitu di pusat dan negeri-negeri dan juga di Kongres menyebabkankan pihak pemimpin-pemimpin Islam telah memenuhi permintaan peribadi mereka. 

Akibatnya, umat Islam telah dikhianati oleh pemimpin-pemimpin yang mendakwa melindungi kepentingan mereka.

Sesungguhnya, Islam ada penyelesaiannya dengan berusaha kembalikan Khilafah dengan segera agar

Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu bagaikan perisai; tempat orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya (Hadis Riwayat Muslim). Insya Allah. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...