Kereta yang diberi nama iChange ini pastinya menjadi impian bagi setiap peminat gajet. Kereta konsep yang direka oleh syarikat pereka kereta dari Switzerland, Rinspeed ini sesuai untuk individu yang sering terlupa membawa kunci kereta, tetapi sentiasa membawa iPhone bersamanya.
Ciri paling istimewa yang terdapat pada kereta ini ialah ia tidak memerlukan kunci untuk menghidupkan enjin tetapi menggunakan iPhone! Sebaik sahaja smart phone tersebut disambungkan pada dashboard, butang “start” berwarna hijau akan kelihatan pada skrin iPhone. Apabila butang tersebut ditekan, enjin akan dihidupkan secara automatik. Pemandu turut boleh mengawal beberapa fungsi pada kereta tersebut seperti membuka atau menutup lampu depan.
No comments:
Post a Comment