Tuesday, December 20, 2011

Hotel Tergantung Di Puncak Gunung (Menarik!)

Hotel unik yang menawarkan kediaman di aras kedudukan tinggi. Satu pengalaman yang cukup berharga bagi yang telah mencuba. Oh sangat menakutkan!

 Hotel Tergantung Di Puncak Gunung | Hotel tergantung di puncak gunung ini hanya terdapat di Itali yang mana ianya diletakkan di tepi cenuram (lereng bukit dan lain-lain yang curam) puncak gunung Mont Blanc, Itali. Hotel kabin berbentuk silinder itu dihasilkan oleh syarikat Itali, LEAPfactory dan diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter. Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

 Untuk pengetahun anda semua, rekaan hotel yang mesra alam itu dihasilkan dengan kos mencecah 214,000 pound (RM1.05 juta). Walaupun ianya nampak kecil, hotel itu mampu dilengkapi dengan 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung. Panel solar diletakkan di atas bumbung untuk memperolehi tenaga.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...