Tuesday, December 20, 2011

Jam Penggera Yang Pasti Membuatkan Korang Bangun Setiap Pagi

Aku pasti ramai diantara kita yang selalu lewat ke tempat kerja kerana bangun lambat. Jam-jam penggera ini dapat membantu korang bangun pagi dengan lebih senang kerana ianya sangatlah annoying. Apa lagi, cepat pergi cari dekat kedai.

 1. Sfera Alarm Clock

sfera alarm clock

 Alarm clock ini tergantung di atas kepala korang dan akan semakin tinggi setiap kali korang menyentuhnya untuk snooze-kan alarm tersebut.

 2. Puzzle Alarm Clock

Puzzle Alarm Clock


 Bentuk-bentuk puzzle yang terdapat di atas jam ini akan terpelanting apabila penggera berbunyi dan korang perlu meletakannya ke tempat asal untuk menghentikan penggera.


 3. Kuku Alarm Clock

kuku alarm clock



 Jam ini akan mengejutkan korang setiap pagi dengan berkokok dan bertelur. Telur itu pula akan bertaburan. Korang perlu memulangkan telurnya itu untuk menghentikan penggera.


 4.Sonic Grenade Alarm

sonic alarm


 Korang hanya perlu menarik pinnya dan laungan "Fire in the hole" yang amat menjengkelkan akan dihasilkan. Baling alat ini ke dalam bilik sesiapa yang korang nak bangunkan dan pasti orang itu akan bangun dengan segera.


 5.Clocky

clocky-alarm-clock.jpg


 Apabila korang menekan butang snooze, clocky ini akan bergerak dan mencari tempat persembunyian dan korang perlu bangun dan mencarinya untuk menghentikan penggera. Lihat bagaimana clocky berfungsi dalam video di bawah.









1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...