Friday, December 21, 2012

Waktu-waktu Yang Di Haramkan Solat



Waktu-waktu yang diharamkan solat 

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu- waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan


Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu 

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
 Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir). Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan 
1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
 1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya, seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

 1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim) Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sebab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan

Hukum solat ketika khutbah jumaat 

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Petikan : Masjid Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...