Inilah gambar kereta super sport milik anak Mantan Perdana Menteri Malaysia, Mokhzani Mahathir. Kereta Bugatti Veyron milik Mokhzani Mahathir ini sudah tentu menjadi idaman semua kerana jarang yang dapat memiliki kereta semewah dan selaju ini. Bugatti Veyron pernah menjadi kereta termahal dan terlaju di dunia seketika dahulu. Tidak hairanlah jikalau Bugatti Veyron menjadi kegilaan jutawan di seluruh dunia.
Mokhzani Mahathir adalah satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia kerana pernah tersenarai antara orang Melayu terkaya di Malaysia. Beliau pernah berada di ranking ketiga antara senarai orang Melayu paling kaya di Malaysia. Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika Mokhzani Mahathir memiliki kereta mewah yang berjenama Buggati Veyron.
Untuk pengetahuan semua, hanya 3 buah sahaja kereta Buggati Veyron yang dimiliki oleh rakyat di Malaysia. Bugatti Veyron pertama milik Sultan Johor, kedua Mokhzani Mahathir dan ketiga milik seorang wanita di Kelantan.
Kos minyak untuk kereta Buggati Veyron adalah RM10 untuk satu kilometer.
Tahukah anda bahawa cukai jalan(roadtax) untuk kereta Bugatti Veyron ini boleh membeli sebuah kereta Viva 660? Bayaran untuk cukai jalan kereta ini adalah RM24,598.50.
Kalau sape-sape yang nak beli kereta ni agak-agak boleh tak beli kereta Viva setiap tahun secara tunai? Kalau boleh layaklah untuk beli kereta semahal ni.
No comments:
Post a Comment