Kadangkala seni itu pelik dan kepelikan itu yang membezakan sesuatu seni itu. Tidak hairanlah jika hasil seni tengkorak ini tersenarai antara hasil seni yang termahal di dunia. Ianya dijual dengan harga USD68, 500 000 atau kira-kira RM205.5 juta.
Tengkorak yang bertatah berlian ini dicipta oleh seorang artis yang paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Tengkorak seberat 2.156 kg ini menggunakan kira-kira 8600 biji batu permata asli dan sebiji permata besar dibahagian dahi dengan ketulenan 52 karat.
Hasil seni ini merupkan hasil seni yang sangat menakjubkan di dunia. Tidak hairanlah jika ianya dijual dengan harga jutaan ringgit. Seni itu tiada sempadan. Dimana-mana kita akan menjumpai seni, Apa yang membezakan kesenian adalah keunikan sesuatu seni. Semakin unik semakin mahal sesuatu seni itu.
No comments:
Post a Comment