Thursday, December 27, 2012

SERIUS COOL - HARBOUR CRANE HOTEL : HOTEL DALAM KREN! (11 GAMBAR)

Di Blogserius kami ada paparkan hotel berkonsepkan Hello Kitty , hotel di dalam bas, hotel Gundam dan juga hotel diubahsuai dari bekas penjara. Setiap hotel di atas memberikan pengalaman unik kepada pengunjungnya. Hari ini mari kita tambah satu lagi hotel yang unik . Harbour Crane Hotel di Harlingen Belanda ialah sebuah hotel satu bilik yang terletak dibina di dalam sebuah kren. Ianya terletak di pelabuhan Harlingen dan ianya masih berfungsi 100% walaupun kini sudah menjadi sebuah bilik hotel. Pada asalnya kren ini digunakan untuk mengangkat kargo kayu keatas kapal di pelabuan ini sekitar 1960. Apabila ianya tidak lagi digunakan ianya diubah menjadi hotel pada tahun 2001 oleh pasangan suami isteri Carla Comello dan Willem Koornstra. Kerana ianya masih berfungsi anda boleh memilih pemandangan 360 darjah kesukaan anda. Hanya 2 orang tetamu dibenarkan tinggal pada satu-satyu masa dan bayaran tinggal semalaman di sini ialah GBP 260 (Rm1270).









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...