Friday, December 21, 2012

Michael Phelps akui kencing dalam kolam



NEW YORK: Raja renang Olimpik, Michael Phelps mengakui mempunyai sifat berbeza dalam memburu pingat emas iaitu perangainya yang suka membuang air kecil di dalam kolam renang.


Juara renang yang akan bersara selepas kejayaannya di Olimpik London itu memberitahu Wall Street Journal bahawa perenang profesional selalunya tidak mencari bilik air sebaliknya membuang air kecil di dalam kolam.

“Saya fikir semua orang membuang air kecil di dalam kolam," katanya dalam satu temubual video.

“Ia sesuatu yang bersifat normal kepada perenang. Anda tahu apabila kami di dalam air untuk selama dua jam, kami biasanya tidak keluar dan anda tahu di mana untuk melepaskannya.

"Kami akan lakukannya ketika berhampiran dinding kolam. Klorin akan bertindak dan ia bukannya sesuatu yang buruk," katanya. - AFP


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...