Manusia menunjukkan keimanan mereka melalui pelbagai cara. Ada yang sanggup menjual semua harta duniawi mereka dan menyerahkan segalanya kepada agama. Ada juga yang sanggup menggangkat kavadi pada hari Thaipusam sebagai tanda keimanan kepada Dewa Muruga.
Johan Huibers (61) yang berasal dari Belanda membina bukan sebuah, tetapi dua buah replika Bahtera Nabi Noh sebagai tanda keimanan beliau kepada agama Kristian. Menuruh Johan beliau bermimpi Belanda dilanda bah besar pada tahun 1992. Beliau mentafsirkan mimpi ini sebagai petanda banjir besar akan berlaku sekali lagi. Setelah mengumpulkan wang sendiri dan mengutip derma, sebuah replika kecil berjaya dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2009 Johan Huibers mula membina replika Bahtera Nabi Nuh pada skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan oleh kitab Injil. Replika terkini ini mempunyai panjang 135 meter, lebar 30 meter lebar dan 25 meter tinggi. Johan Huiber membelanjakan sebanyak USD 1.6 Juta (Rm 5 juta) dan tanggal 9 Julai yang lalu replika kedua ini akhirnya dibuka kepada orang ramai. Ia mampu memuatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Jika anda melawat replika bahtera ini anda boleh melihat video berkenaan banjir besar dan juga melihat replika binatang yang dibuat dari gentian kaca.
Arc Van Noach dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 9 pagi sehingga 6 petang. Bayaran masuk ialah Euro 12.50 (RM 47) untuk orang dewasa dan Euro 7.50 (Rm28) untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment