Friday, December 21, 2012

Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Meninggal Dunia, Innalillah




Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan.

Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu.
Read More..

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.

Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.

Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi Tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.


 


Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Bahagian Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut.

Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan Ahli Badan Ulama’ Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...