Selepas ini, anda pasti ingin memiliki anjing-harimau ataupun anjing-panda..
Comel kot!
Yup! Comel, tapi pelik!
Tak pernah lagi kita dengar apatah lagi melihat kelibat mereka berjalan-jalan kat Malaysia!
Dua ekor anjing iaitu anjing harimau dan anjing panda telah ditemui membuat persembahan di satu lokasi di negara China. Agak pelik juga anjing-anjing ini.
Read More..
Menurut Wikipedia, anjing merupakan mamalia kanin dalam susunan karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik.
Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola.
Anjing, seperti manusia, adalah haiwan sosial dan pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.
Terdapat juga kejadian yang luar biasa di mana anjing telah dikacukkan kepada binatang lain. Jika makhluk ganjil ini ‘mengaum’ kepada anda, dan anda tidak tahu sama ada hendak lari dari ‘si belang’ ini ataupun menepuk dia di kepala dan memberinya biskut. Dari jauh, bulunya berjalur oren dan hitam membuatkan ia kelihatan seperti harimau ganjil kerana susuk badannya. Tetapi jangan takut sangat kerana ia hanya adalah anjing yang diwarnakan (anjing-harimau)
Tetapi ia sebenarnya mangsa kegilaan terbaru di kalangan sesetengah pemilik anjing di China untuk mewarnakan haiwan kesayangan mereka kelihatan seperti haiwan yang lain. Selain dari mewarnakan anjing kepada warna harimau, mereka turut juga mewarnakan anjing mereka kepada anjing-panda.
Orang-orang di China sentiasa cepat mengikut trend pelik, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi pemilik untuk membawa anjing mereka ke pusat dandan di mana mereka bukan sahaja disyampu dan ditrim, tetapi juga diwarnakan.
Kelihatannya mereka ini cuba untuk mengubah ciptaan Tuhan..
So, kepada mereka-mereka yang ada pendapat mengenai perbuatan ini, sila nyatakan di ruang komen!
Jangan komen menganjing sudah!
No comments:
Post a Comment