Monday, December 10, 2012

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Ini adalah tembok yang kedua terpanjang di dunia. Sesetengah orang memanggilnya dengan nama kubu 'Yang Mengelilingi' - Kumbhalgarh. Malah ada yang merujuk ia sebagai Tembok Besar India. Namun, tembok ini masih kurang dikenali di luar negara.

Panjang keseluruhan tembok sejauh 36 kilometer. Melihat gambar-gambar dibawah, anda mungkin tersilap menyangka ini adalah Tembok Besar China.

Kerja-kerja pembinaan Kumbhalgarh hanya bermula pada tahun 1443 - lima puluh tahun sebelum Columbus memulakan pelayaran di Lautan Atlantik.

Terletak di Rajasthan barat India, kerja-kerja telah dimulakan oleh Maharaja tempatan, Rana Kumbha pada tahun itu. Ia mengambil masa lebih satu abad untuk membina dinding dan ia kemudiannya dibesarkan dalam abad ke-19.

Ia digunakan sebagai kubu sepanjang tempoh itu, tetapi kini telah dijadikan sebagai muzium.

Kubu yang dibina tinggi di atas bukit, iaitu lebih 1000 meter di atas paras laut. Tembok ini mempunyai tujuh pintu masuk.
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...