Kalau tak silap hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.
Jadi, kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu?Ini kerana anak nya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat Cisco
Apa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.
Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.
Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu, Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.
Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.
No comments:
Post a Comment