Lamborghini... Kereta idaman bagi setiap lelaki yang betul-betul jantan macam aku ni. Yang macam Ariff Alfian tak nak kereta ini dan mungkin nak bilik tidur Hello Kitty je la kot. David Dopp yang berasal dari Utah sangat bernasib baik kerana dia telah pun memenangi sebuah Lamborghini Murcielago LP640 model tahun 2008 yang berharga $350,000!
Dia memenangi kereta tersebut dalam pertandingan yang dijalankan oleh sebuah rangkaian kedai runcit Maverik, "Joe Schmo to Lambo" pada 12 November yang lepas. Dopp menerima kereta idamannya itu pada 17 Disember lepas tetapi keseronokkannya tidak kekal lama.
Selepas 6 jam memandu kereta tersebut, Dopp telah kemalangan bersama kereta Lamborghininya tersebut. Dia telah melanggar ais di jalanraya yang menyebabkan keretanya itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di belah belakang. Damn! Kalau aku yang dapat kereta tu dah jaga elok-elok dah.
No comments:
Post a Comment