Friday, December 23, 2011

Yusry & Lisa bernikah pada 23 Feb 2012 di Masjid Besi






Lisa Surihani & Yusry Nikah 23 Februari 2012 Dan Bersanding 26 Februari 2012


KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah pada 23 Februari tahun depan.

Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.

“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.

Yusry yang sebelum itu pernah berkahwin dengan Erra Fazira tetapi bercerai selepas beberapa tahun hidup bersama manakala ia perkahwinan pertama buat Lisa.

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan akan bernikah pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan bersanding pada 26 Februari 2012 di PICC.


Yusri dengan lisa nampak sepadan sangat , semoga berkekalan sampai ke akhir hayat .
 Tahniah ye , bertuah lah yusri dapat lisa , bertuah lah lisa dapat yusri ,hehehe






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...